Tuesday 2 February 2016

Malala Rayu Dana Pendidikan Kanak-Kanak Pelarian Syria


Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 10:58 AM
Kanak-kanak pelarian Syria di kem pelarian sukar mendapat pendidikan sempurna disebabkan pergolakan yang melanda negara mereka.

LONDON: Penerima Hadiah Nobel, Malala Yousafzai tidak pernah berhenti memperjuangkan nasib kanak-kanak pelarian Syria terutama untuk memastikan golongan itu mendapat pendidikan sempurna.
Terbaharu, Malala dalam proses untuk merayu kepada pemimpin dunia untuk menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1.4 bilion (RM5.82 bilion) bagi tabung pendidikan pelarian Syria.
Laporan Tabung Malala menyebut, kira-kira 700,000 kanak-kanak Syria di kem pelarian di Jordan, Lubnan dan beberapa negara Timur Tengah kini tidak bersekolah.
“Saya telah bertemu dengan kebanyakan kanak-kanak ini dan mereka terpaksan menerima kenyataan tidak berpeluang langsung untuk ke sekolah.
"Oleh itu, kita masih boleh bantu mereka dengan menyediakan sekolah serta pelbagai bantuan lain sebagai langkah untuk melindungi masa depan Syria, ” katanya.
Pemimpin beberapa negara bakal menghadiri Persidangan Menyokong Syria dan negara-negara Arab di London pada Khamis ini bagi mengumpul dana untuk bantuan kemanusiaan di Syria. - Reuters

No comments:

Post a Comment