Tuesday 2 February 2016

RM2.51j bantu pelarian kanak-kanak, wanita Syria

SELASA, 2 FEBRUARI 2016 @ 12:06 PM



 Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my


 GAMBAR fail, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, memberi ucapan rasmi semasa Pelancaran Sambutan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kuala Lumpur 30 Januari lalu. - Foto Rosela Ismail


PUTRAJAYA: Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia serta Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menyumbangkan AS$600,000 (RM2.51 juta) bagi membantu pelarian kanak-kanak dan wanita Syria yang berada di sempadan Lubnan dan Jordan. Sumbangan diserahkan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Othman Hashim di sini, sebentar tadi. Berucap pada majlis itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua BAKTI, berkata sumbangan bertujuan membantu mengurangkan kesengsaraan dan kesulitan hidup dihadapi pelarian berkenaan terutama dalam menghadapi cuaca sejuk. "Saya selaku Penaung Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan seluruh ahli jawatankuasa akaun amanah tabung ini, begitu berbesar hati untuk menyumbang sejumlah AS$500,000 (RM2.09 juta) bagi tujuan kebajikan kanak-kanak dan kaum wanita pelarian ini. "Sebanyak AS$300,000 (RM1.25 juta) daripada jumlah ini akan diperuntukkan kepada pelarian di sempadan Lubnan manakala AS$200,000 (RM837,000) kepada pelarian di sempadan Jordan. "BAKTI juga akan menyumbang sebanyak AS$100,000 (RM418,000) bagi tujuan sama dengan AS$60,000 (RM251,000) daripada jumlah itu kepada pelarian di sempadan Lubnan dan selebihnya kepada pelarian di Jordan," katanya. Rosmah berkata, sumbangan itu akan disalurkan melalui Pejabat Kedutaan Malaysia di Lubnan dan Jordan. "Pihak kedutaan akan membeli keperluan musim sejuk seperti selimut, jaket tebal, pakaian asas dan susu formula kepada sejumlah 20,000 kanak-kanak dan wanita di sempadan Lubnan dan Jordan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120396

No comments:

Post a Comment