Thursday 1 September 2016

Ketua Strategi Daesh maut serangan udara di wilayah Aleppo


01 September 2016 12:10 AM


PEMIMPIN utama Daesh, Abu Muhammad al-Adnani dilaporkan terbunuh

PEMIMPIN utama Daesh, Abu Muhammad al-Adnani dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di Aleppo, Syria, kelmarin. AGENSI
ALEPPO 31 Ogos – Ketua Strategi kumpulan pengganas Daesh, Abu Muhammad al-Adnani dipercayai terbunuh dalam siri serangan udara di bandar al-Bab, wilayah Aleppo, Syria, kelmarin.
Rangkaian BBC melaporkan, jurucakap Pentagon, Peter Cook berkata, serangan-serangan udara itu dilancarkan oleh tentera kerajaan serta pesawat pejuang Syria dan Rusia di kawasan yang dikuasai oleh pemberontak.
“Kami masih meneliti kesahihan berita ini (kematian Abu Muhammad), serangan udara kali ini memang meletakkannya sebagai sasaran. Dia merupakan ketua strategi yang telah melancarkan pelbagai operasi besar.
“Ramai yang telah direkrut oleh pemimpin ini untuk dijadikan anggota pengganas. Serangan kali ini merupakan satu tamparan hebat kepada kumpulan militan Daesh,” katanya dalam satu kenya­taan.
Dalam pada itu, agensi berita tempatan Amaq menyifatkan kematian Abu Muhammad sebagai ‘syahid’, dipercayai terbunuh ketika sedang meninjau lokasi operasi ketenteraan Aleppo.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, beliau telah lantang menyua­rakan serangan ke atas Barat, khususnya Perancis selain bertanggungjawab memastikan pelbagai serangan oleh Daesh ter­utama ketika bulan Ramadan.
Abu Muhammad dilahirkan pada 1977 di Taha Sobhi Falaha, utara Syria dan merupakan antara pemimpin paling berkuasa serta berpengaruh dalam kalangan kepimpinan tertinggi Daesh.
Pemimpin itu juga dianggap antara yang paling berbahaya dan mempunyai pengalaman luas dalam kegiatan berkaitan keganasan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ketua-strategi-daesh-maut-serangan-udara-di-wilayah-aleppo-1.377111#sthash.rc3iBPME.dpuf

No comments:

Post a Comment