Friday 14 October 2016

3 hari 150 mati


ANGGOTA penyelamat menyelongkar runtuhan untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat selepas serangan udara di timur Aleppo, kelmarin. - AP



Agensi
Beirut: Serangan udara yang disambung semula Selasa lalu dan menyasarkan timur Aleppo yang dikuasai kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad menyebabkan lebih 150 orang terbunuh, kata pekerja penyelamat.

Sementara itu, tentera Syria dengan bantuan pesawat pengebom Russia memperhebatkan serangan semalam dalam usaha untuk menawan seluruh bandar raya berkenaan.

Dalam serangan terbaru itu, 13 orang terbunuh apabila pesawat pengebom terus menyasarkan beberapa kawasan yang dikuasai kumpulan penentang, termasuk al-Kalesh, Bustan, al-Qaser dan al-Sakhour, kata pegawai pertahanan awam, Ibrahim Abu al-Laith kepada Reuters dari Aleppo.


“Serangan bermula jam 2 pagi dan berterusan hingga ke petang,” katanya.

Aleppo terbahagi kepada dua, antara kawasan yang dikuasai kerajaan dan daerah yang dikuasai kumpulan penentang sejak 2012.

Lebih 250,000 orang awam yang dipercayai terperangkap di timur bandar raya itu berdepan kekurangan makanan, bahan makar dan ubat-ubatan.

Usaha mendapatkan pegawai Syria bagi mengulas keadaan terbaru di kawasan berkenaan gagal.

Tentera Syria dan Russia berkata, mereka hanya menyasarkan kumpulan militan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 5:02 AM

No comments:

Post a Comment