Tuesday 11 October 2016

5 kanak-kanak Syria maut, pemberontak lancar roket

SELASA, 11 OKTOBER 2016 @ 9:08 PM

PEJUANG Tentera Pembebasan Syria melepaskan tembakan dari mesingan anti-pesawat ketika bertempur dengan kumpulan Daesh di utara Syria. - Foto AFP

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak maut akibat serangan pemberontak di sekolah di bandar selatan Syria di Daraa, hari ini, kata media tempatan. "Lima kanak-kanak terbunuh manakala 15 cedera dalam serangan pengganas di sebuah sekolah rendah di kejiranan Al-Sahary di Daraa," lapor agensi berita SANAA. Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain juga melaporkan, pemberontak melepaskan roket ke arah sekolah, mengatakan sekurang-kurangnya enam orang terkorban, lima daripadanya adalah kanak-kanak. SOHR berkata, sekurang-kurangnya 25 cedera dalam serangan itu dan angka kematian dijangka meningkat kerana sejumlah mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Pasukan pemberontak mengawal sepenuhnya wilayah Daraa, namun sebahagian besar ibu kota wilayah itu dikawal kerajaan. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201225

No comments:

Post a Comment