Tuesday 11 October 2016

Russia perbaharui serangan hebat di Aleppo

SELASA, 11 OKTOBER 2016 @ 10:27 PM

  ALEPPO: Sekutu rejim Syria, Russia melakukan serangan paling hebatnya sejak beberapa hari lalu di bandar ini hari ini, ketika lima kanak-kanak terbunuh dalam serangan pemberontak di sebuah sekolah di selatan negara bergolak itu. Serbuan di bandar ini mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang awam, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) dan menyebabkan kerosakan besar di beberapa kawasan kediaman di bahagian timur ditawan pemberontak. Sementara itu, Presiden Russia Vladimir Putin membatalkan satu kunjungan dirancang di Paris dalam satu pertikaian berhubung keganasan di Syria, di mana Moscow membantu tentera Presiden Bashar al-Assad dalam satu operasi menawan seluruh Aleppo. Tentera rejim bulan lalu mengumumkan cubaan mengambil alih bandar itu, yang berpecah sejak pertengahan 2012. Serangan bermula selepas runtuhnya gencatan senjata seminggu dirunding Washington dan Moscow dan menyaksikan kepungan di timur bandar itu menjadi sasaran serangan udara besar-besaran. Pada 5 Oktober lalu, tentera rejim berkata, ia akan mengurangkan pengeboman, selepas beberapa hari serangan mengorbankan ratusan penduduk dan memusnahkan runtuhan hospital di timur dikawal pemberontak. Namun hari ini, SOHR dan koresponden AFP melaporkan pengeboman besar-besaran terbaru. "Ini adalah pengeboman paling hebat Russia sejak rejim Syria mengumumkan ia akan mengurangkan serangan minggu lalu," kata Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201247

No comments:

Post a Comment