Saturday 8 October 2016

AS tuduh Russia buat serangan siber terhadap Demokrat

SABTU, 8 OKTOBER 2016 @ 11:06 AM



WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat buat kali pertama pada Jumaat secara rasmi menuduh Russia mengadakan kempen serangan siber terhadap Parti Demokrat menjelang pilihan raya presiden pada 8 November ini.

 "Kami percaya, berdasarkan skop dan sensitiviti usaha ini, cuma satu-satunya pegawai paling kanan Russia boleh mengarahkan aktiviti seumpama ini.

"Kecurian dan pendedahan bertujuan untuk campur tangan dalam proses pilihan raya Amerika," kata kenyataan kerajaan mengenai pencerobohan ke atas kumpulan politik.

Pegawai perisik Amerika merumuskan minggu lalu bahawa kerajaan Russia melakukan atau mengatur serangan siber terhadap Jawatankuasa Demokratik Kebangsaan dan Jawatankuasa Kempen Kongres Demokratik, kemungkinan untuk mengganggu atau menjejaskan pilihan raya, yang menemukan calon Demokrat, Hillary Clinton dengan calon Republikan, Donald Trump.

Jurucakap Kremlin menyifatkan dakwaan Amerika itu sebagai tidak masuk akal, lapor agensi berita Interfax. Keputusan pentadbiran Presiden Barack Obama menyalahkan Russia di atas serangan itu adalah yang terbaru dalam hubungan kedua-dua negara, yang tegang berhubung tindakan Russia di Syria dan Ukraina dan di ruang siber.

 Kenyataan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negara dan Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan tidak menyalahkan kerajaan Russia kerana cubaan menggodam sistem pilihan raya itu, tetapi berkata 'imbasan dan siasatan' sistem menunjukkan dalam kebanyakan kes daripada server dikendalikan syarikat Russia. Bagaimanapun, jurucakap jabatan itu berkata, pegawai Amerika merumuskan serangan atau siasatan ke atas sitem pendaftaran pengundi 'konsisten dengan motivasi Russia.' - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200061

No comments:

Post a Comment