Saturday 8 October 2016

Polis Jerman buru suspek warga Syria

DUNIA SABTU, 8 OKTOBER 2016 @ 10:27 PM

  JABER Albak. - Foto AP

BERLIN: Polis Jerman mengeluarkan waran tangkap ke atas Jaber Albakr, 22, seorang warga Syria di bandar Chemnitz, susulan komplot pengeboman. Polis di Saxony menyatakan Albakr dilahirkan di Damsyik, Syria pada Januari 1994. Suspek dikatakan memakai baju dengan penutup kepala, disyaki "bersiap sedia melancarkan serangan bom." Jurucakap polis Saxony, Tom Bernhardt berkata, pihaknya menyerbu sebuah pangsapuri di Chemnitz selepas menerima maklumat daripada agensi perisikan tempatan malam semalam berhubung rancangan serangan itu. Polis Saxony menggesa sesiapa yang memiliki maklumat mengenai suspek supaya menghubungi pihak berkuasa. Mereka mengeluarkan gambar suspek, lelaki berkulit hitam memakai baju panas dengan penutup kepala dan berkata, kali terakhir dia dilihat memakai pakaian sama. - AFP/Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200202

No comments:

Post a Comment