Tuesday 25 October 2016

Pelarian, kanak-kanak Syria kerja kilang secara haram

Pelarian, kanak-kanak Syria kerja kilang secara haram - Luar Negara - Utusan Online:



25 Oktober 2016 12:16 AM



KANAK-KANAK pelarian Syria didakwa bekerja secara haram di kilang-kilang
KANAK-KANAK pelarian Syria didakwa bekerja secara haram di kilang-kilang pakaian jenama terkenal dunia di Turki. AGENSI

ISTANBUL 24 Okt. – Portal BBC mendedahkan syarikat pakaian­ berjenama terkenal se­perti Marks and Spencer (M&S), Zara dan Mango serta peruncit dalam talian, Asos, menggunakan pelarian dari Syria termasuk kanak-kanak untuk bekerja secara haram di kilang mereka di Turki.



Siasatan portal berkenaan di kilang-kilang di Turki mendapati, kanak-kanak digunakan untuk membuat pakaian di M&S dan Asos manakala pelarian pula bekerja secara haram membuat seluar jeans di Mango dan Zara.



Walau bagaimanapun kese­mua pemilik jenama terkenal itu menegaskan telah memantau dengan teliti rangkaian pembekal syarikat dan tidak bertolak ansur dengan penindasan terhadap pelarian atau kanak-kanak.



M&S pula memaklumkan, pemeriksaan mereka mendapati tiada pelari­an Syria yang bekerja di rangkaian bekalan syarikat mereka di Turki.



Namun portal berkenaan melalui ruangan Panorama mendapati seramai tujuh kanak-kanak Syria bekerja di salah sebuah kilang utama peruncit Bri­tain itu.



Mangsa dikatakan menerima gaji satu pound (RM5) sejam iaitu di bawah paras gaji minimum di Turki dan dibawa bekerja di kilang terbabit melalui orang tengah yang membayar mereka secara tunai.



Pekerja paling muda merupakan remaja berusia 15 tahun telah bekerja lebih 12 jam menggosok baju sebelum pakaian itu dihantar ke United Kingdom (UK).

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment