Wednesday 5 October 2016

Penulis blog didenda kerana mahu Syria lenyap






MOSCOW – Sebuah mahkamah di Moscow kelmarin mendenda seorang penulis blog Rusia kerana menghasut kebencian selepas dia menggesa Pre­siden Vladimir Putin supaya ‘melenyapkan Syria dari peta dunia’.

Rusia melancarkan kempen pengeboman di Syria sejak setahun lalu untuk membantu sekutu lamanya, Presiden Bashar Al-Assad. Moscow menyokong serangan kejam oleh tentera Syria untuk menawan kembali kawasan yang dikuasai penentang di Aleppo.

Penulis blog berkenaan, Anton Nossik (gambar), telah didenda sebanyak 500,000 ruble (RM33,020) oleh mahkamah tersebut.

Dia didenda kerana menyokong kempen pengeboman Rusia dan menyeru supaya Putin memusnahkan Syria melalui penulisan di laman blognya, kata jurucakap mahkamah, Anastasia Pylina kepada agensi berita AFP.

Nossik yang memiliki kerakyatan Rusia dan Israel berkata, Syria menjadi ‘ancaman ketenteraan yang serius’ terhadap Israel dan ‘mengalu-alukan’ kempen pengeboman Moscow.

Pemimpin pembangkang, Alexei Navalny mempersendakan perbicaraan itu kerana Nossik dihadapkan ke mahkamah sedangkan tentera Rusia dituduh melakukan jenayah perang di Syria oleh Barat.

“Ketika tentera Rusia menyerang Aleppo, saya pula dihakimi di Moscow kerana menyokong serangan ini,” Nossik dipetik sebagai berkata di mahkamah itu Navalny.

Peguam Nossik, Sergei Badamshin berkata, anak guamnya ialah orang pertama yang didakwa kerana ‘menyatakan sokongan terbuka kepada Putin.’ Campur tangan Rusia di Syria mencetuskan perdebatan hangat di negara itu. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4MADWDwED
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment