Tuesday 4 October 2016

Putin gantung perjanjian plutonium gred senjata dengan AS

SELASA, 4 OKTOBER 2016 @ 8:10 AM



GAMBAR fail, Presiden Russia, Vladimir Putin. - Foto Reuters

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin semalam menggantung satu perjanjian Russia-Amerika Syarikat (AS) berkaitan pelupusan plutonium gred senjata, tindakan dilakukan di tengah-tengah ketegangan memuncak antara kedua-dua negara berhubung isu Syria.

Perintah Putin dikeluarkan Kremlin memetik "tindakan tidak mesra" Washington dan ketidakupayaan AS memenuhi pematuhannya mengikut perjanjian tahun 2000 sebagai alasan langkah itu diambil.

 Bagaimanapun, perintah itu mengatakan, plutonium gred senjata yang berada di bawah perjanjian itu akan dihalang daripada program senjata.

 Mengikut perjanjian itu yang dilanjutkan pada 2006 dan 2010, Russia dan AS masing-masing perlu melupuskan 34 tan metrik plutonium gred senjata, bahan yang cukup untuk menghasilkan kira-kira 17,000 kepala peledak nuklear.

Ketika ia ditandatangani, perjanjian itu disebut sebagai contoh kejayaan kerjasama AS-Russia berkaitan pengawalan senjata nuklear. Russia tahun lalu berkata, ia memulakan sebuah loji yang menghasilkan bahan api reaktor nuklear komersial campuran oksida dikenali sebagai MOX daripada plutonium gred senjata. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198679

No comments:

Post a Comment