Tuesday 4 October 2016

Russia tak yakin rancangan gencatan senjata di Aleppo berhasil

SELASA, 4 OKTOBER 2016 @ 9:56 AM


GAMBAR fail, Duta Russia, Vitaly Churkin. - Foto AP

NEW YORK: Russia, pada Isnin menyifatkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dirangka Perancis bertujuan melaksanakan gencatan senjata di Aleppo sebagai tidak akan berjaya, menegaskan keutamaan perlu diberikan untuk memerangi militan di Syria.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan rundingan berhubung teks rang itu yang menggesa semua penerbangan ketenteraan ditamatkan di Aleppo, membenarkan bantuan kemanusiaan disampaikan dan menubuhkan mekanisme pemantauan gencatan senjata.

Duta Russia, Vitaly Churkin, memberitahu sidang akhbar bahawa beberapa anggota majlis berkenaan tidak yakin dengan resolusi yang dibentangkan lewat Ahad itu. "Malah saya tidak pasti berapa banyak lagi anggota mahu melihat resolusi menamatkan permusuhan yang tiada peluang berjaya.

 "Jika satu-satunya kesan resolusi itu adalah Setiausaha Agung akan mula memikirkan beberapa mekanisme pemantauan yang tidak akan berfungsi, jadi tidak perlu adanya resolusi itu," katanya. Cadangan Perancis itu adalah usaha terbaru menekan Russia dan Syria untuk menggantung kempen udara di Aleppo dan membuka laluan kepada menamatkan perang lima tahun itu.

Dalam rangka resolusi itu, Majlis Keselamatan meluahkan kemarahan berhubung tahap keganasan yang meningkat dan tidak boleh diterima, menggesa semua pihak memastikan pelaksanaan penuh gencatan senjata termasuk menamatkan pengeboman dari udara. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198692

No comments:

Post a Comment