Tuesday, 24 November 2015

Makam Khalid Al-Walid r.a Hampir Musnah



Khalid Al-Walid
Makam “PEDANG ALLAH” & Anaknya hampir musnah akibat tangan-tangan Syaitan Rejim Asad yang mengebom.. Mujahidin berusaha mempertahankan makam Khalid al-Walid r.a sehingga darah dan keringat yang terakhir.. Kejadian berlaku di Masjid Saidina Khalid bin Walid, iaitu di daerah Homs,syiria pada 11/07/2013.. Ramadhan yang lalu..
Lihat Gambar  Masjid Khalid al-Walid r.a Hampir Musnah:
Makam Khalid al-Walid 1
Makam Khalid al-Walid 2
Makam Khalid al-Walid3
Makam Khalid al-Walid 4
Biografi Ringkas Khalid al-Walid r.a:
– Khalid bin Al Walid terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani sehingga mendapat gelaran “SAIFULLAH”(Pedang Allah) dari Rasulullah s.a.w.
– Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah.
– Dalam perang tersebut tentera Islam seramai 3,000 orang berperang melawan tentera Rome yang berjumlah 200,000 orang.
– Saidina Khalid bin Al Walid sebelum masuk Islam merupakan salah seorang penentang Islam yang paling keras.
– Setelah memeluk Islam Khalid bin Al Walid menjadi tentera yang paling keras menentang musuh-musuh Islam. Kerana keberanian,kegagahan dan kebijaksaannya dia dilantik menjadi pemimpin tentera Islam dan terlibat hampir 50 medan perang yang besar.
– Antara peperangan yang beliau terlibat ialah memerangi golongan murtad,menakluk kerajaan parsi,dan puncak kegemilangannya apabila berjaya mengalahkan tentera Rom dalam Perang Yarmuk.
– Di zaman khalifah Umar bin Khatab r.a Saidina Khalid bin Al Walid digugurkan dari jawatan Panglima.Namun dia terus berjuang walaupun Cuma sebagai tentera biasa.
– Beliau berhijrah ke Bumi Syam(Syiria) bersama isteri dan anak-anaknya.
Pada tahun 21 hijrah Saidina Khalid bin Al Walid jatuh sakit.Ketika terbaring di atas ranjangnya panglima yang mendapat gelaran Pedang Allah itu menangis kerana hajatnya hendak mati syahid di medan perang tidak kesampaian.
Meninggal dunia ketika berusia 55 tahun.
– Semasa dimandikan jenazah beliau terdapat 80 bekas parut luka diseluruh badannya.
– Khalid bin Al Walid tidak meninggalkan harta yang banyak kecuali seekor kuda dan pedang yang pernah digunakannya dalam peperangan.
Lihat Video Masjid Khalid al-Walid r.a Hampir Musnah:

As-Syahid Ramadhan al Buti Rahimahullah



As-Syahid Dr Ramadhan Al Buti rahimahullah dalam kenangan..
syeikh boti
syeikhramadhan143
Kata-kata terakhir Syeikh Ramadhan al Buti sebelum pemergiannya..
Tempat ini menjadi saksi gugurnya seorang Ulama Rabbani,Ulama Mujtahid dizaman ini..Ulama yang telah mewaqafkan dirinya kepada ummah..
12
4
Budak yang paling kecil pakai jaket hitam tu adalah cucu Syeikh Said Ramadhan Al-Buti yang satu kelas dengan Al fadhil Ustaz Nazmi Karim sewaktu belajar di Syiria..Beliau juga syahid bersama datuknya..cucu-syeikh
 Jenazah As-Syahid Syeikh Ramadhan Al-Buti
1
Yang bersongkok hitam itu anak beliau,Dr.Taufiq
2
Kelihatan Pendeta Kristian,Father Lukas Turut Menghadiri Pengebumian Syeikh Dr Ramadhan al Buti..

1
Maqam Syeikh Dr Ramadhan Al-Buti..Di Jami’ Umawi..
1
Maqam Syeikh Dr Ramadhan Al-Buti Bersebelahan Dengan Maqam Sultan Salahuddin Al-Ayubi
2
MOGA  SYURGA BUATMU WAHAI ASY-SYAHID IMAM AL-MUJTAHID SYEIKH RAMADHAN BUTI..aamiiin

Gambar Senyuman Para Syuhada’



Syuhada' Syiria
Gambar-gambar Para Mujahidin Di Syiria Dan Mesir Yang Gugur Syahid Dengan Senyuman:

syuhada' syiria
Syuhada' Mesir
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' mesir
Mengapa Mereka Yang Gugur Syahid Itu Tersenyum?
Jawapan:
Firman Allah ertinya:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati,bahkan mereka itu hidup disisi Rabb-Nya dengan mendapat rezeki.Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka,dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang masih belum menyusul mereka,bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Ali Imran: 169-170)
Rasulullah S.A.W Bersabda :
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. (Hadith Riwayat Bukhari).
“Ya Allah jadikan kami di kalangan mereka”..
Allahumma amin!

Russia sahkan pesawat Su-24 ditembak Turki

PESAWAT perang Su-24.
MOSCOW: Russia mengesahkan pesawat perang yang ditembak jatuh oleh Turki di sempadan Syria adalah Su-24 milik Russia.
Russia juga menegaskan pesawat berkenaan ditembak ketika berada dalam ruang udara Syria. - AFP

Yazid minta saksi buka jaringan di Syria


KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat memintanya membuka jaringan di Syria bagi memudahkan perjalanan rakyat Malaysia ke negara itu.
Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 24, yang pernah ditahan di Beirut, Lubnan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda, berkata Yazid memberitahunya bahawa bila sampai di Syria, jangan terus berperang tetapi membuka jaringan untuk rakyat Malaysia.
"Semasa sarapan pagi ketika siri usrah yang dihadiri saya dan Razif Mohd Arif di rumah Yazid, Razif ada menyatakan hasrat untuk ke Syria kepada Yazid.
"Yazid beritahu kami jika sampai di sana, jangan terus berperang sebaliknya buka jaringan kepada rakyat Malaysia lain untuk pergi ke Syria," katanya pada perbicaraan kes Yazid, 51, dan pembantu kafetaria, Muhammad Hilmi Hasim, 35, yang didakwa terbabit dalam kegiatan menggalakkan keganasan.
Yazid didakwa terhadap dua pertuduhan menggalakkan keganasan dengan niat menghasut orang awam di Syria dan menjadi anggota kumpulan Tanzim Al Qaeda Malaysia manakala Muhammad Hilmi dituduh bersubahat dengannya.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang dekat sini antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari 2013 mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Muhamad Razin berkata, tujuannya ke Syria adalah untuk berjihad melalui peperangan bagi menentang kezaliman tentera Bashar Al-Assad, iaitu Presiden Syria, terhadap rakyat negara itu yang ditindas.
Katanya, beliau menjadi lebih bersemangat untuk berjihad di Syria selepas menghadiri lima siri usrah yang diadakan di rumah Yazid pada 7, 14, 21, dan 28 Julai 2012 serta 4 Ogos 2012.
"Kandungan yang disampaikan Yazid dalam usrahnya telah menyuntik semangat saya untuk bergerak dan berjihad di Syria kerana tidak mahu menjadi orang munafik. Yazid memberitahu antara sifat munafik ialah orang yang tidak mahu pergi berperang dan tidak suka kepada orang yang ingin berperang," katanya.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff sama ada beliau pernah menjalani latihan ketenteraan sebelum itu, Muhamad Razin menjawab tidak pernah tetapi tujuannya ke negara bergolak itu adalah untuk menjalani latihan ketenteraan.
Mengenai penerbangannya ke Turki, saksi pendakwaan ke-25 itu berkata beliau dan Razif mengambil penerbangan ke Turki pada 12.30 malam 3 Oktober 2012 dan tiba di Istanbul, Turki pada 7 pagi keesokannya.
Muhamad Razin berkata, setibanya di Istanbul, Razif menghubungi seorang lelaki Syria yang dikenali sebagai Abu Hassan dan menemuinya di sebuah kedai roti sebelum membawa mereka mencari hotel bajet.
"Pada malamnya, Abu Hassan datang berjumpa kami dan berbincang mengenai senjata. Abu Hassan beritahu jika kami hendak membeli senjata, dia boleh menguruskannya dan senjata itu akan diperoleh di Syria," katanya yang membawa wang sebanyak RM2,000 ke Syria.
Bagaimanapun, Muhamad Razin berkata pada 5 Oktober 2012, mereka ditahan pihak berkuasa Turki sebelum diusir keluar dari negara itu dan seterusnya pergi ke Lubnan pada 10 Oktober 2012.
Ketika di Lubnan, katanya mereka ditahan pula oleh pihak berkuasa Lubnan dan dituduh di Mahkamah Tentera negara itu dengan empat pertuduhan tetapi mereka didapati bersalah terhadap dua pertuduhan dan dihukum penjara empat tahun bermula 18 Oktober 2012.
Beliau kini dibebaskan tetapi hanya mengingati tiga pertuduhan terhadap mereka iaitu menganggotai kumpulan pengganas Jabhah Al-Nusra, cuba memiliki senjata api tanpa lesen dan cuba menyeludup senjata.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin bersambung 20 Januari tahun depan.
- BERNAMA

Turki tembak jatuh jet Russia ceroboh ruang udara


turki tembak 3
TURKI, Selasa – Setelah memberi amaran sepuluh kali, tentera Turki terpaksa menembak jet Russia yang telah menceroboh ruang udara negara itu.
Jet model SU-24 milik Russia telah memasuki wilayah Turki dan ditembak oleh F16 Turki, lapor pegawai tentera Turki dalam satu kenyataan.
Sewaktu kejadian, dua jet menghampiri sempadan dan salah sebuah daripadanya ditembak.
Data menunjukkan bahawa ruang udara Turki dilanggar berulang kali.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu mengesahkan salah sebuah jet mereka telah ditembak jatuh di Syria namun menafikan laporan bahawa ianya melanggar ruang udara Turki. – Agensi

Jet pejuang Rusia terhempas disempadan Turki/Syria...

Jet pejuang Rusia terhempas disempadan Turki/Syria... setakat ni punca kejadian belum dikenalpasti..

Monday, 23 November 2015

Siapa Teroris Sebenarnya di Timur Tengah?



Dicatat oleh ustazcyber.com di 2:57:00 PTG

Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, mengingatkan umat Islam bahawa bom barel yang dijatuhkan rejim Syiah Bashar Al Assad terhadap orang awam Suriah lebih kejam dan berbahaya dari serangan terorisme.

Dalam khutbah Shalat Jum’at Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais mengatakan, “Tidak akan ada hubungannya antara Islam dan aksi teroris, karena seorang peneror tidak memiliki agama, negara, ataupun kebangsaan.”

“Islam adalah agama yang penuh rahmat, kedamaian, kebaikan, toleransi, dan saling menghormati dengan pemeluk agama lainnya,” ucap Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.

Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais melanjutkan, “Tidak ada akal dan agama di dunia yang membenarkan aksi teror, pemboman, penyerangan sehingga menumpahkan darah mereka yang tidak berdosa. Dan Islam terlepas dari semua tindakan kejam ini karena tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur dan adil, serta rahmat bagi semesta alam.”

Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memperingatkan bahawa teroris sebenarnya adalah mereka Zionis Israel yang menyerang Masjid Al Aqsha, dan mereka yang menjatuhkan bom barel kepada saudara-saudara kita di Suriah,” mengacu pada Syiah Bashar Al Assad. (EM)

Rusia lancar serangan berat


SEORANG lelaki memeriksa kemusnahan akibat serangan udara Rusia di bandar Nawa, wilayah Deraa di Syria kelmarin. - REUTERS


BEIRUT – Rusia melancarkan serangan bom paling besar terhadap kumpulan militan Islamic State (IS) di timur Syria, manakala operasi ketenteraan itu memaksa Lebanon mengubah laluan penerbangannya.
Pesawat perang Rusia melancarkan lebih 70 serangan di wilayah Deir Ezzor, timur Suyria pada Jumaat lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 36 orang termasuk 10 kanak-kanak, kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Kumpulan berpangkalan di Britain itu mendakwa serangan terbabit mengenai beberapa bandar dan pekan di samping tiga telaga minyak IS, dalam operasi pengeboman terbesar di wilayah berkenaan sejak perang saudara di Syria tercetus pada 2011.
Kebanyakan kawasan di wilayah tersebut, termasuk sebahagian besar ibu negerinya, dikuasai oleh IS. Tentera Syria bagaimanapun masih menguasai lapangan terbang tentera dan beberapa kawasan kecil lain.
Pertempuran masih berterusan kelmarin antara IS dan tentera Presiden Bashar Al-Assad di sekitar lapangan terbang tersebut, jelas badan pemantau itu.
Rusia memulakan kempen pengebomannya pada 30 September lalu bagi menyokong Bashar dan berikrar untuk meningkatkan serangan selepas IS mengaku bertanggungjawab mengebom sebuah pesawat Rusia yang terhempas di Mesir bulan lalu dengan menyebakan semua 224 penumpang dan krunya terbunuh.
Pada Jumaat lalu, kapal-kapal perang Rusia di Laut Caspian melepaskan bedilan peluru berpandu yang didakwa membunuh 600 militan IS.
Menurut badan pemerhati tersebut, serangan Rusia telah membunuh lebih 1,300 orang sejak ia dilancarkan, satu pertiga daripadanya ialah orang awam.
Dalam pada itu, laluan penerbangan keluar dan masuk ke Lebanon terpaksa diubah, manakala beberapa syarikat penerbangan membatalkan pernerbangan berikutan permintaan Moscow supaya mengelak daripada melalui ruang udara di timur Mediterranean berikutan serangan udara dan peluru berpandu Rusia. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3sGG2i600 
Hakcipta terpelihara 

Paris tingkat 
serangan

Kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle milik tentera Perancis

Kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle milik tentera Perancis berlepas dari pelabuhan Toulon, selatan Perancis pada 18 November lalu menuju ke Laut Mediterranean untuk memerangi kumpulan militan IS. Agensi
PARIS 22 Nov. - Perancis akan menggandakan serangan ke atas kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria, bermula esok apabila kapal pengangkut pesawat milik negara ini dilaporkan telah tiba di Laut Mediterranean sebagai tindakan membalas dendam terhadap serangan kumpulan militan itu di Paris, baru-baru ini yang mengorbankan 129 nyawa.
Menteri Pertahanannya, Jean-Yves Le Drian dalam kenyataannya berkata, kapal pengangkut pesawat Charles de Gaullle telah mengambil kedudukan di laut itu dengan membawa sejumlah pesawat penggempur untuk dikerah menyerang kedudukan kumpulan militan IS di Syria.
“Operasi menggempur kedudukan militan IS akan bermula esok,” kata beliau, tanpa mengulas lanjut jumlah pesawat yang terlibat dalam serangan itu atau lokasi yang disasarkan.
Kapal Charles de Gaullle yang mempunyai keupayaan membawa 28 sehingga 40 buah pesawat pengebom dan tempur, menyertai misi memerangi militan IS, selepas Presiden Francois Hollande berikrar memusnahkan kumpulan pengganas tersebut susulan serangan berdarah di Paris.
Sebelum ini, Perancis menggunakan pangkalan udara di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan untuk menggempur kedudukan militan IS dan usaha terbabit ditingkatkan, tetapi Hollande menggandakan usaha tersebut apabila menggerakkan aset tentera paling berharga dengan mengarahkan kapal pengangkut pesawat Charles de Gaullle ke posisi menyerang.
Kapal pengangkut pesawat itu tiba di Meditteranean, sehari selepas Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang dikemukakan Paris untuk membenarkan mana-mana negara mengambil tindakan sewajarnya bagi memerangi militan IS.
Sementara itu, Le Drian memberi amaran, sekiranya pihak bertelagah di Libya gagal mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan perpaduan yang baharu, kumpulan militan IS akan mengambil kesempatan untuk melebarkan pengaruh mereka di negara tersebut.
“Kedua-dua pihak yang bertelagah di Libya perlu mencapai kata sepakat atau kumpulan militan IS akan menang,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/paris-tingkat-8232-serangan-1.161239#sthash.NURr10bB.dpuf

Sunday, 22 November 2015

Serangan terburuk


Beirut: Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh kelmarin dalam serangan udara besar-besaran yang dilancarkan tentera Russia dan Syria di wilayah Deir Ezzor yang dikuasai kumpulan militan Negara Islam (IS).
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia untuk Syria berkata, angka korban itu yang terbesar di negara berkenaan sejak perang tercetus.
Russia melancarkan serangan peluru berpandu dari kapal perangnya di Laut Caspian selepas Presiden Vladimir Putin berikrar membalas dendam serangan pengganas yang menyebabkan sebuah pesawat Mesir terhempas bulan lalu.
“Sekurang-kurangnya 36 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam lebih 70 serangan udara dilancarkan Russia dan Syria di beberapa lokasi di Deir Ezzor,” kata pengarah kumpulan pemantau itu, Rami Abdel Rahman.
Rami menggambarkan serangan itu yang menyasarkan beberapa bandar besar dan pekan termasuk tiga telaga minyak sebagai terburuk di Syria sejak perang tercetus pada 2011.
Sebahagian besar wilayah itu dan ibu kotanya kini dikuasai IS dan hanya sebuah lapangan terbang tentera serta beberapa lokasi yang masih dikuasai tentera kerajaan.
Russia mula mengebom Syria September lalu atas permintaan sekutu rapatnya, Presiden Bashar al-Assad.
Amerika Syarikat (AS) dan negara sekutunya juga melancarkan kempen udara berasingan terhadap IS.
Putin sebelum ini berjanji akan memburu dan menghukum pihak yang menyebabkan sebuah pesawat penumpang Mesir terhempas bulan lalu.
Kejadian itu menyebabkan semua 224 penumpang yang majoritinya warga Russia terbunuh.
IS mengaku bertanggungjawab meletupkan bom di dalam pesawat yang menyebabkan kapal terbang itu terhempas.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:14 AM


KAPAL perang Russia di Laut Caspian melancarkan peluru berpandu yang disasarkan di wilayah Deir Ezzor, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94851#sthash.YOcQweOT.dpuf

Saturday, 21 November 2015

Carson: Pelarian Syria umpama anjing gila

21 NOVEMBER 2015

Ben Carson
Ben Carson
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Seorang calon yang bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Ben Carson mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila menyamakan pelarian yang melarikan diri daripada konflik di Syria sebagai anjing gila.
Carson, seorang pakar bedah otak yang telah bersara membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya di Alabama, kelmarin.
"Kita mesti mengimbangkan antara isu keselamatan dan kemanusiaan. Jika ada anjing gila berkeliaran di kawasan kejiranan anda, sudah tentu anda menganggap sesuatu yang buruk bakal berlaku," katanya.
Carson turut mengkritik pentadbiran Presiden Barack Obama yang bercadang membawa masuk kira-kira 10,000 pelarian Syria ke AS.
"Satu mekanisme perlu diwujudkan  bagi menapis pelarian, supaya kita boleh mengesan anjing-anjing gila ini," katanya. - AFP

36 terbunuh serangan udara di timur Syria


Rakaman menunjukkan kapal perang Russia melancarkan peluru berpandu ke atas wilayah timur Deir Ezzor yang dikawal Kumpulan Negara Islam (IS). - Foto ihsan http://www.bbc.com/news
BEIRUT: Sekurang-kurangnya 36 terbunuh dalam gabungan serangan udara Russia dan Syria ke atas wilayah timur Deir Ezzor yang dikawal Kumpulan Negara Islam (IS).
"Sekurang-kurangnya 36 orang maut dan berpuluh lagi cedera selepas lebih 70 serangan dilancarkan pesawat Russia dan Syria ke atas beberapa daerah dalam wilayah Deir Ezzor," kata jurucakap Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman.
Beliau menyifatkan serangan udara yang menggabungkan angkatan tentera dua negara itu sebagai paling terburuk sejak krisis Syria memuncak pada 2011. - AFP

Thursday, 19 November 2015

Pelarian Syria tidak boleh diabaikan – UNICEF


Sekumpulan pelarian Islam dari Syria berjalan melintasi sempadan Greece-Macedonia dekat Gevgelija pada 16 November lalu. AFP
NEW YORK 18 Nov. – Yayasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa tindakan mengabaikan nasib pelarian Syria ekoran serangan di Paris pada Jumaat lalu, tidak akan menyelesaikan krisis itu dan boleh meningkatkan tekanan kepada negara jiran termasuk Turki, Jordan dan Lebanon.
Pengarah Eksekutif UNICEF, Anthony Lake berkata, negara-negara yang berjiran dengan Syria masih berdepan kesukaran untuk menangani kebanjiran pelarian, dengan Turki menerima dua juta pelarian, Lebanon menerima lebih sejuta pelarian dan lebih 500,000 pelarian lagi memasuki Jordan.
“Jika sempadan (di negara Eropah) ditutup, ketiga-tiga negara terbabit akan menerima lebih banyak tekanan daripada segi ekonomi, politik dan strategi.
“Tindakan menutup sempadan dan menghalang pelarian Syria (masuk ke Eropah) bukan satu jalan penyelesaian,” katanya.
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa menggandakan usaha bagi menamatkan perang di Syria, selain membantu negara-negara jiran menangani krisis pelarian.
“Kanak-kanak Syria di Jordan, Turki dan Lebanon perlu mendapatkan pendidikan bagi membangunkan semula Syria,” katanya.
Sementara itu, calon-calon yang berkempen bagi bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) mengambil kesempatan ke atas isu pelarian Syria dengan membahaskan isu itu bagi mendapatkan sokongan.
Calon daripada Parti Republikan, Jeb Bush berkata, beliau menyokong usaha Presiden Barack Obama untuk membawa masuk pelarian Syria ke AS tetapi dengan syarat penilaian teliti perlu dilakukan bagi memastikan tiada pengganas memasuki negara ini.
Namun, Bush mencetuskan kontroversi apabila menyuarakan pendapat bahawa pelarian yang beragama Kristian menjadi pilihan utama untuk berlindung di AS.
Seorang lagi calon daripada parti berkenaan, John Kasich, pula membantah pengambilan pelarian tersebut sambil menggesa Obama supaya menangguhkan program berkenaan sehingga keadaan keselamatan benar-benar terjamin.
Dua calon daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton dan Bernie Sanders pula bersetuju dengan pendapat Bush untuk menerima pelarian dengan pelaksanaan penilaian yang lebih ketat.
Seorang lagi calon daripada Parti Demokrat, Martin O’Malley pula menggesa kerajaan AS meningkatkan jumlah pengambilan pelarian kepada 65,000 orang berbanding 10,000 pelarian yang disasarkan sebelum ini. – REUTERS/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelarian-syria-tidak-boleh-diabaikan-8211-unicef-1.159967#sthash.iOuQSrPm.dpuf

Wednesday, 18 November 2015

Dirancang di Syria, diatur di Belgium

Perancis: Serangan terhadap Paris yang mengorbankan 132 nyawa, Jumaat lalu dipercayai dirancang di Syria, diatur di Belgium dan dilaksanakan dengan pembabitan warga Perancis.
Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, perkara itu diperoleh berdasarkan risikan dilakukan pasukan keselamatan negara itu.
“Tindakan perang pada Jumaat diputus dan dirancang di Syria, diatur dan disusun di Belgium dan dilaksanakan di tanah air kita dengan pembabitan warga Perancis," katanya pada perhimpunan bersama di Parlimen di Versailles, selatan Perancis. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 6:22 PM


ORANG ramai berkumpul di depan kafe Le Carillon iaitu lokasi serangan di Paris, Jumaat lalu. FOTO AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93730#sthash.htQBR917.dpuf

9 mangsa Laut Aegean

Athens: Sebuah bot plastik membawa pendatang karam di timur Laut Aegean berhampiran pulau Kos, menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan termasuk empat kanak-kanak terbunuh.
Pengawal pantai berkata, tujuh orang berjaya diselamatkan manakala sembilan mayat ditemui, tiga daripada mereka di dalam bot yang terbalik itu.
Anggota turut mencari dua budak lelaki yang dilaporkan hilang oleh mangsa terselamat.
Empat kanak-kanak, empat wanita dan seorang lelaki maut dalam kejadian itu.
Kerakyatan penumpang terbabit dan butiran kejadian setakat ini belum jelas.
Eropah berdepan krisis pelarian dahsyat dengan Greece menjadi lokasi utama ditujui pendatang serta pelarian dari Asia Barat dan Afrika untuk ke negara Eropah lain.
Sekurang-kurangnya 660,000 orang sampai di negara yang mengalami krisis kewangan itu setakat tahun ini. Mereka membayar kumpulan penyeludup Turki jumlah wang yang besar semata-mata untuk mendapat tempat di atas bot atau kapal yang tidak selamat.
Lebih 500 maut atau hilang sejak awal tahun ini di Laut Aegean.
Sementara itu, pengawal pantai berkata, ia menyelamatkan hampir 450 orang dalam tempoh 24 jam sejak Isnin dalam 10 kejadian berasingan di pulau Lesbos. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 7:02 AM


SEORANG budak dibantu ibunya selepas pengsan keletihan setibanya mereka di pulau Lesbos dari Turki.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93862#sthash.s3oVuH88.dpuf