Sunday 31 March 2013

15 pelajar maut serangan mortar di universiti di Syria



KAHERAH 29 Mac - Sekurang-kurangnya 15 pelajar terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan mortar di sebuah universiti di Syria, semalam.
Stesen televisyen tempatan, SANAA melaporkan, serangan tersebut berlaku di Universiti Damsyik dan dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengganas yang merujuk kepada kumpulan pemberontak di negara tersebut.
Dekan universiti berkenaan, Amer Mardini berkata, 15 pelajar terbabit terbunuh selepas pengganas melancarkan serangan mortar ke atas bangunan fakulti arkitek. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_02/15-pelajar-maut-serangan-mortar-di-universiti-di-Syria#ixzz2P8JjKcvj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment