Sunday 31 March 2013

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN



Ada yang menanyakan kami adakah rejim Basyar dan pakatannya telah kalah dan pejuang telah berjaya menguasai Syria keseluruhannya? Kerana melihat kepada pembentukan Kerajaan Sementara Syria tersebut.

Jawapan kami :

Rejim Basyar masih belum kalah sepenuhnya dan perjuangan rakyat Syria bersama mujahidin masih diteruskan.

Walaubagaimanapun pembentukan Kerajaan Sementara Syria adalah bersifat sementara untuk memerintah secara sistematik wilayah-wilayah yang telah berjaya dibebaskan.

Tindakan Qatar yang memberi kedudukan kepada Syaikh Muaz di dalam Liga-Liga Arab juga merupakan kemenangan moral buat perjuangan rakyat. Ia juga akan menafikan secara tidak langsung kekuasaan rejim di mata dunia.

Inilah siasah, memerlukan kepada strategi yang berperingkat-peringkat (tadarruj) dan tersusun (munazhomah) untuk mencapai tujuan (hadaf) mengembalikan keamanan dan kebebasan kepada rakyat Syria daripada kezaliman rejim.
 

No comments:

Post a Comment