Sunday 31 March 2013

Imam Masjid Sheikh Maqsud di Aleppo dibunuh



BEIRUT 31 Mac - Seorang Imam, Sheikh Hassan Seifeddin dilaporkan dibunuh oleh pemberontak di bandar Aleppo semalam.
Sheikh Hassan Seifeddin merupakan seorang imam di masjid Sheikh Maqsud yang terletak di kawasan utara Allepo dibunuh dan jenazahnya dipercayai dipancung sebelum diheret melalui jalan-jalan di bandar ini.
Agensi berita SANA melaporkan Seifeddin telah "dibunuh oleh pengganas dan memotong badannya selepas itu, manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan imam itu telah "disembelih" dan dipancung. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130331/lu_03/Imam-Masjid-Sheikh-Maqsud-di-Aleppo-dibunuh#ixzz2P8FFpfD5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment