Sunday 31 March 2013

Rusia pada hari Khamis berkata ia akan menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk memberi kerusi PBB Syria kepada gabungan pembangkang yang berjuang menentang rejim Basyar.

TERKINI

Rusia pada hari Khamis berkata ia akan menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk memberi kerusi PBB Syria kepada gabungan pembangkang yang berjuang menentang rejim Basyar.

Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vitaly Churkin berkata mengiktiraf Gabungan Kebangsaan Pembangkang dan Revolusi Syria pimpinan Syaikh Muaz akan "melemahkan kedudukan PBB." 

Churkin menegaskan kecaman Rusia kepada Liga Arab kerana menamakan gabungan itu sebagai kerajaan yang sah dan berkata Liga Arab kini memainkan peranan "negatif" dalam konflik Syria yang berusia dua tahun. 

Liga Arab pada hari Selasa mengiktiraf gabungan itu dan diplomat berkata, negara-negara Arab kini merancang kempen untuk memberi kerusi Syria di kedudukan anggota 193 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada pembangkang

No comments:

Post a Comment