Monday 25 March 2013

Ketua Perikatan Kebangsaan Syria letak jawatan




GAMBAR fail menunjukkan Ketua Perikatan Kebangsaan Syria, Ahmed Moaz (kiri) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri bagi wilayah yang dikuasai pemberontak, Ghassan (tengah) pada 19 Mac lalu.


BEIRUT - Ketua Perikatan Kebangsaan Syria, Ahmed Moaz al-Khatib bertindak meletak jawatan yang disandang beliau berkuat kuasa semalam.
"Saya mengumumkan peletakan jawatan daripada Perikatan Kebangsaan Syria. Jadi, saya boleh bekerja dengan bebas yang tidak mungkin diperoleh dalam sebuah institusi rasmi," kata Ahmed Moaz dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau.
Peletakan jawatan itu dibuat beberapa hari selepas pelantikan Ghassan Hitto sebagai Perdana Menteri bagi wilayah yang dikuasai pemberontak di negara itu.
"Dalam tempoh dua tahun lalu, kami telah dizalimi oleh rejim terdahulu yang pernah dilihat dunia sebelum ini," kata Ahmed Moaz.
"Semua kemusnahan infrastruktur Syria, penahanan berpuluh-puluh ribu rakyat, beratus-ratus ribu menjadi pelarian dan pelbagai bentuk penderitaan masih tidak cukup untuk masyarakat antarabangsa membuat keputusan membenarkan rakyat negara ini mempertahankan diri mereka," tambahnya.
Pertempuran di Syria bermula pada Mac 2011 selepas pihak tentera bertempur dengan kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan.
Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar kerana menganggapnya gagal untuk membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2OVfdvAMh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment