Monday 25 March 2013

Terjemahan kenyataan Penuh oleh Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh Ramadhan Al-Buti

Terjemahan kenyataan Penuh oleh Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh Ramadhan Al-Buti (Di Petik dari FB Syaikh Abul Huda) :

Aku mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

Allah Subhanahu Wa Taala telah mengurniakan pengakhiran hayatnya dengan kebaikan dan mengurniakan beliau kemulian Syahid.

Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah.
Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah.

Dalam berita yang disiarkan di televisyen Syria,beliau telah meninggal dunia akibat dibom oleh pengebom berani mati.

Aku menghalakan tanggungjawab Syahidnya beliau terhadap kerajaan aku mempunyai maklumat yang sangat panas dan teliti yang sangat dekat dengan Fadhilatus Syaikh bahawasanya As-Syaikh Al-Buti sedang berusaha untuk keluar dari Syria akan tetapi kerajaan telah mengenakan sekatan keselamatan yang sangat ketat ke atas beliau.

Fadhilatus Syaikh Al-Buti di dalam majlis-majlis khas beliau sentiasa mencela ‘An-Nasiriyin’ dan sentiasa mendoakan kehancuran buat mereka.

Aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengeboman ini,samada ianya dilakukan oleh pihak kerajaan ataupun Jamaah Takfiryah sebagaimana didakwa oleh pihak kerajaan – kerana Jamaah Takfiriyah ini sememang asal mereka memerangi Ahlus Sunnah.

Kita semua mendoakan rahmat Allah ke atas pemergian Fadhilatus Syaikh Al-Buti dan semua pihak yang turut syahid bersamanya. 

Kita mendoakan agar Allah menempatkan beliau dan mangsa agar ditempatkan di kedudukan Para Syuhada’.
Aku akan sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan segala kebaikan,pujian dan penghormatan.
Beliau akan kekal sebagai seorang Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.

Aku walaupun berselisih pandangan dengan Beliau dalam persoalan “Khuruj ‘alal Imam” dan “Menyokong pemerintah”,dan walaupun aku sentiasa menyanggah pandangan beliau berkali-kali,tidaklah aku membawa dalam jiwaku melainkan Cinta dan Penghormatan terhadap beliau.

Semoga Allah merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau 

No comments:

Post a Comment