Monday 25 March 2013

Ketua Perikatan Kebangsaan Syria letak jawatan



KAHERAH 25 Mac - Ketua Pakatan Pembangkang Syria, Moaz al-Khatib meletak jawatan semalam selepas menyuarakan kekecewaan dirinya kerana kekurangan sokongan antarabangsa dan tempatan.
"Saya pernah berjanji untuk meletak jawatan sekiranya berlaku sesuatu masalah," ujarnya menerusi laman sosial Facebook rasmi miliknya tanpa mendedahkan perjanjian tersebut.
Katanya, dia memenuhi perjanjian tersebut dan akan melakukan kerja secara bebas selepas ini.
"Sekarang saya memenuhi janji meletak jawatan dari Perikatan Nasional supaya saya boleh bekerja secara bebas, sesuatu yang tidak diperuntukkan dalam institusi rasmi," ujarnya lagi. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130325/lu_02/Ketua-Perikatan-Kebangsaan-Syria-letak-jawatan#ixzz2OW3zKFoC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment