Sunday 5 May 2013

62 mayat penduduk mati dibunuh beramai-ramai ditemui



05/05/2013 2:22am

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 62 mayat penduduk yang dibunuh ditemui di kawasan kejiranan puak Sunah di bandar Banias, kata Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia semalam.
Insiden terbaharu itu dikutuk oleh Gabungan Kebangsaan Syria yang dilaporkan berkata, beberapa pembunuhan beramai-ramai di kawasan itu menjurus kepada pembersihan etnik.
“Berpuluh-puluh mayat penduduk dibunuh pada Jumaat lalu ketika serangan oleh tentera rejim di Banias ditemui semalam,” kata badan pemerhati itu.
“Kami telah mengenalpasti 62 orang penduduk lengkap dengan nama, gambar atau video termasuk 14 kanak-kanak dan angka kematian mungkin meningkat memandangkan ramai yang masing hilang.” - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2SN2y7phH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment