Sunday 5 May 2013

Beratus penduduk Syria lari elak dibunuh



KAHERAH 5 Mei -Beratus-ratus penduduk dilaporkan melarikan diri ke kawasan kepulauan pantai di barat laut Syria selepas berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh tentera kerajaan.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia mendakwa penghijrahan beramai-ramai itu berlaku dari bandar Baniyas selepas berlaku pembunuhan di daerah Ras al-Naba.
Rakaman video turut menunjukkan beberapa penduduk yang menjadi mangsa dalam pembunuhan tersebut termasuk kanak-kanak. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130505/lu_07/Beratus-penduduk-Syria-lari-elak-dibunuh#ixzz2SN3Okbuv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment