Sunday, 5 May 2013

Jet Israel serang konvoi bawa peluru berpandu di Syria




SEBUAH kenderaan tentera Israel ditempatkan di sempadan Lebanon-Israel di Kampung Adaisseh semalam.


WASHINGTON - Israel melancarkan satu serangan udara dengan menyasarkan konvoi penghantaran beberapa buah peluru berpandu ke Lebanon dari Syria, kata beberapa pegawai rejim Zionis semalam.
Para pegawai itu menyatakan, jet Israel mengebom konvoi tersebut yang membawa peluru berpandu itu untuk pergerakan Hezbollah. Serangan itu dipercayai dilancarkan dari ruang udara Lebanon.
Ia berlaku pada Jumaat lalu selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan anggota-anggota Kabinetnya meluluskan serangan tersebut dalam mesyuarat rahsia pada Khamis lepas.
Serangan itu dilaporkan menerusi media di Amerika Syarikat kelmarin. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2SMzsC3bL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment