Sunday 5 May 2013

Penduduk Banias pindah bimbang diserang



Gambar bertarikh 2 Mei lalu, menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan dipercayai dibunuh oleh tentera kerajaan dalam pembunuhan besar-besaran di kampung Baida, Banias, Syria. - AGENSI
BEIRUT 4 Mei - Beratus-ratus keluarga berpindah dari bandar Banias yang diduduki puak Sunah hari ini ekoran kebimbangan berlakunya serangan terbaharu selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai di kampung berdekatan.
Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, mereka mula berpindah pada waktu subuh ke Tartus dan Jableh.
"Mereka melarikan diri kerana bimbang dengan kemungkinan serangan yang bakal dilancarkan,'' katanya.
Penduduk di Banias mengambil keputusan berpindah selepas kawasan berhampiran bandar tersebut diserang semalam di samping laporan pembunuhan besar-besaran kelmarin di kampung Baida, selatan Banias.
Abdel Rahman berkata, serangan kelmarin ke atas daerah Ras al-Nabaa itu menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan orang maut.
"Bagaimanapun, sejumlah orang dilaporkan masih hilang, menyebabkan angka kematian mungkin meningkat,'' katanya.
Dalam kejadian di kampung Baida, sekurang-kurangnya 50 dilaporkan maut dalam kejadian disifatkan sebagai pembunuhan besar-besaran kelmarin.
Sementara itu, Israel dilaporkan melancarkan serangan udara ke Syria, menyasarkan sebuah bangunan dipercayai kemudahan senjata kimia.
Saluran televisyen CNN yang memetik dua pegawai Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali menyatakan, Israel melancarkan serangan itu antara malam kelmarin dan pesawat perang Israel tidak memasuki ruang udara Syria.
Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama menyatakan beliau tidak melihat senario pengerahan tentera AS ke Syria akan membawa faedah kepada kedua-dua negara. - AFP/Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130505/lu_03/Penduduk-Banias-pindah-bimbang-diserang#ixzz2SN48kZPV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment