Monday, 6 May 2013

Iran sedia latih tentera Bashar



Teheran: Iran bersedia ‘melatih’ tentera Syria jika Damsyik memintanya berbuat demikian.

Komander tentera darat republik Islam Iran, Jeneral Ahmad Reza dipetik sebagai berkata: “Sebagai negara Islam, kami menyokong Syria dan jika ia memerlukan latihan, kami akan membantu mereka dengan latihan, tetapi tidak akan terbabit secara aktif dalam operasi ketenteraan.”
Menurutnya, tentera Syria sudah menimba banyak pengalaman sepanjang konflik dengan Israel selama bertahun-tahun dan beliau yakin ia mampu mempertahankan diri serta tidak memerlukan sebarang bantuan asing.

Kenyataannya itu dibuat ketika sumber pegawai kanan Israel semalam mengesahkan rejim Zionis itu melancarkan serangan udara ke atas Damsyik dengan menyasarkan peluru berpandu Iran yang mahu diserahkan kepada pejuang Hizbullah di Lubnan.


Iran kekal menjadi sekutu rapat rejim Presiden Bashar al-Assad sepanjang perang saudara di Syria yang dikatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membunuh lebih 70,000 orang sejak ia tercetus pada Mac 2011.


Teheran sehingga ini hanya menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Syria menerusi ruang angkasa Iraq.

Langkah itu mendorong Washington meminta Baghdad memeriksa penerbangan sedemikian. - Agensi

No comments:

Post a Comment