Monday, 6 May 2013

Tel Aviv siap hadapi serangan



Beirut: Tentera Israel menempatkan sistem pertahanan roket di utara negara itu selepas ia melancarkan serangan udara terhadap Syria.

Menurutnya, langkah itu adalah sebahagian daripada langkah ‘penilaian semasa’ perkembangan yang berlaku.


Tindakan itu diambil beberapa jam selepas rejim Zionis melancarkan apa yang disifatkan oleh pegawai perisikan sebagai serangan di Damsyik yang menyasarkan konvoi penghantaran misil buatan Iran untuk pejuang Hizbullah di Lubnan.

Ia adalah serangan kedua rejim Zionis dalam masa tiga hari. Tindakan Israel itu meningkatkan lagi ketegangannya dengan Syria, Hizbullah dan Iran.


Sistem pertahanan Iron Dome mampu mematahkan sebarang serangan misil jarak. Hizbullah dipercayai memiliki ribuan senjata seumpama itu.

No comments:

Post a Comment