Wednesday 22 May 2013

Israel balas tembakan ke arah Syria



BAITULMAQDIS 21 Mei - Tentera Israel melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah sasaran di Syria di sempadan kedua-dua negara hari ini, sebagai tindak balas terhadap tembakan rambang Syria yang mengenai tentera rejim Zionis Israel di Bukit Golan.
Satu kenyataan tentera Zionis Israel menyatakan, sebuah kenderaan tentera rosak akibat terkena tembakan yang dilepaskan dari arah Syria, namun tiada mangsa yang cedera.
Insiden berkenaan menyebabkan tentera Israel bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah lokasi serangan awal dilakukan.
Radio Tentera Israel, hari ini melaporkan, kejadian terbaharu itu merupakan yang ketiga berlaku di sempadan kedua-dua negara dalam tempoh seminggu.
Insiden tembakan melepasi sempadan Syria bermula sejak beberapa bulan lepas ekoran perang saudara yang semakin buruk di Syria, ketika kumpulan pemberontak berusaha menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
Israel menawan Bukit Golan daripada Syria semasa perang 1967 dan rundingan untuk menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara berhubung kawasan tersebut terhenti pada 2000.
Rejim Zionis Israel mendakwa tidak campur tangan dalam konflik di Syria, namun menyuarakan kebimbangan terhadap pembabitan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di negara bergolak itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130522/lu_04/Israel-balas-tembakan-ke-arah-Syria#ixzz2TyLnkA4y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment