Wednesday, 22 May 2013

# Laporan yang mengerikan#



#Penyembelih Iran menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit mereka melalui organ-organ yang diambil dari Mujahideen#

Laporan media yang terkini mendedahkan berita yang mengerikan dilakukan oleh tentera Iran di Syria, yang mana mereka bertempur bersama-sama dengan tentera Rusia untuk menyelamatkan Bashar Assad dan menolong beliau untuk membunuh lebih ramai orang Sunni dalam pembersihan etnik yang terbaru.

Laporan itu-dengan bantuan para doctor di hospital-hospital di Iran mendedahkan terdapatnya sepasukan doktor-doktor dari Iran dan Rusia membina sebuah ‘rumah penyembelihan’ di sekitar Syria yang berpengalaman dalam mengambil organ-organ dari tahanan Sunni dan Mujahideen yang tercedera yang ditangkap hidup-hidup dalam medan pertempuran.

Laporan-laporan yang dibuat oleh pasukan perubatan ini mendedahkan bahawa mereka biasanya mengambil ‘ Hati, Buah Pinggang dan Tulang Sum-Sum, selepas itu mereka akan membakar Sunni dan Mujahideen supaya mereka sukar untuk dikenalpasti identity dan kemudiannya akan menanam mayat-mayat ini dalam kubur besar di merata tempat dalam Syria. Ini bagi mengelakkan saudara-saudara si mati mendapat tahu sekiranya terdapat organ-organ yang hilang pada mayat.

Laporan juga menyebut bahawa pasukan perubatan Rusia dan Iran ini bertanggungjawab atas keselamatan dan sekuriti organ-organ ini sehinggalah ianya dihantar ke Iran melalui jet peribadi yang mana kemudiannya akan dijual untuk menyelamatkan pesakit-pesakit warga Iran.

Laporan dari Iran ini juga mendedahkan terdapat dua persatuan yakni “ The Association of Kidney Support” dan Charity Association of Special Disease” di Iran yang dikenalpasti membiayai penyeludupan organ-organ. Dalam 4 bulan ini, kedua-dua persatuan ini telah mencuri 15000 hati manusia dari Syria dan membawanya masuk ke Iran, menjadikan perkataan yang kerap disebut di Iran ialah Persatuan Hati dan Buah Pinggang Syria.
Menurut laporan-laporan yang bocor ini, di Iran secara puratanya terdapat 3000 pemindahan buah pinggang tahunan, angka yang sama untuk pemindahan hati dan tulang sum-sum dan organ-organ ini dijual dengan harga 3 juta Ryal Iran bersamaan dengan RM 738.30, akan tetapi sebuah hospital ‘Libafi Nijad’ di Tehran telah melakukan lebih 4000 pemindahan hati kepada pesakit-pesakit warga Iran, menyebabkan para doktor tertanya-tanya dari mana datangnya organ-organ ini dalam kuantiti yang banyak.

[ If the world was sad for 1 Syiah heart, why not for 15000 Sunni hearts?]

Sumber: Sham News.
 —

No comments:

Post a Comment