BAITULMAQDIS - Pasukan ketenteraan Israel yang meronda kawasan pertikaian Bukit Golan di sepanjang sempadan dilaporkan membedil mortar ke dalam Syria, semalam.
Dalam satu kenyataan pertahanan Israel, mereka mendakwa pasukan peronda rejim dihujani bedilan peluru di tengah Bukit Golan sekali gus menyebabkan beberapa kenderaan ketenteraan musnah lewat malam, kelmarin.
"Sebagai tindak balas, askar Israel membalas beberapa bedilan ke atas kawasan yang dipercayai menjadi pusat serangan," menurut kenyataan pihak Yahudi yang disiarkan ke laman web ketenteraan.
Susulan serangan itu, satu laporan turut diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bukit Golan adalah kawasan tegang sejak tercetusnya konflik menggulingkan kerajaan Presiden Bashar al-Assad lebih dua tahun lalu.
Berikutan itu, tindakan Israel membedil beberapa kawasan dalam wilayah Syria dengan alasan menyekat bekalan senjata Hizbullah dilihat sebagai mencampuri hak ehwal negara luar tanpa keizinan dipetik daripada laporan AP.

No comments:
Post a Comment