Saturday 11 May 2013

Proses hantar sistem pertahanan peluru berpandu ke Syria selesai



WARSAW 10 Mei - Rusia dilapor telah melengkapkan penghantaran sistem pertahanan peluru berpandu kepada Syria berdasarkan perjanjian kedua-dua negara sebelum ini.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov hari ini berkata, penghantaran tersebut dibuat berdasarkan perjanjian pembelian yang telah dimeterai antara Moscow dan Damsyik.
"Proses penghantaran sistem pertahanan peluru berpandu permukaan ke udara kepada Syria telah selesai.
"Penghantaran senjata tersebut tidak melanggar undang-undang antarabangsa kerana ia merupakan senjata pertahanan," jelasnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130510/lu_13/Proses-hantar-sistem-pertahanan-peluru-berpandu-ke-Syria-selesai#ixzz2SwhYqlmU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment