Saturday 15 June 2013

AS tawar RM156 juta wujudkan zon larang terbang


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia terhadap pasukan pemberontak dan seterusnya mencadangkan zon larangan terbang ke negara itu.

Penggunaan senjata seperti agen saraf sarin disifatkan melanggar garis merah yang mencetuskan penglibatan AS dalam krisis Syria.

Menurut Wall Street Journal, White House kini sedang menimbang untuk menyumbang sebanyak AS$ 50 juta (RM 156 juta) sehari bagi menguatkuasan zon larangan terbang.

Cadangan itu termasuk mahu melengkapkan pasukan pembangkang yang boleh bergantung kepada zon larangan terbang yang akan melindungi rejim pembangkang dari diserang pesawat dari Syria.

Sumber memberitahu, situasi boleh bertukar bahaya jika melatih pemberontak tanpa zon larangan terbang ini.

No comments:

Post a Comment