Saturday 8 June 2013

Iran yakin Syria kembali stabil

Iran yakin Syria kembali stabilTentera Bashar bersorak sejurus menawan semula Qusayr.
DAMSYIK - Duta Iran ke Damsyik, meluahkan keyakinan terhadap kestabilan Syria susulan kemenangan tentera Presiden Bashar al-Assad menawan semula bandar strategik Qusayr, kelmarin.

"Kemenangan tentera kerajaan mendapatkan semula wilayah Qusayr baru-baru ini, mampu membawa kestabilan kepada Syria. Malah ia akan meringankan penderitaan rakyat," kata Mohammad-Reza Raouf-Sheibani, dipetik PressTV.

Dua hari lalu, tentera kerajaan Bashar dilaporkan berjaya merampas barat Qusayr yang juga sebuah kawasan utama membekalkan senjata kepada militan bagi tujuan menentang negara Arab.

Lapor media tempatan, puluhan askar Syria dan militan terbunuh selain cedera dalam operasi pembersihan pengganas seluruh Qusayr.

Sementara itu, Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi berkata, pihaknya amat menghargai segala sokongan diberikan Iran sekali gus membersihkan hab pengganas yang didalangi rejim Israel.

Sebelum itu, tentera Syria dilaporkan telah menguasai bandar al-Daba, di tengah wilayah Homs.

Sejak Mac 2011, puluhan ribu rakyat Syria terkorban selepas tercetusnya kebangkitan rakyat menggulingkan kerajaan Bashar.

No comments:

Post a Comment