Saturday 8 June 2013

UNHCR rayu dana RM16 bilion untuk bantu Syria


GENEVA 8 Jun - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meminta dana bantuan sebanyak AS$5.2 bilion (RM16 bilion) bagi membiayai kos operasi misi kemanusiaan di Syria dan negara-negara berhampiran, jumlah terbesar pernah dirayu badan dunia tersebut setakat ini.
Pengarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres berkata, konflik di Syria bukan sahaja menyebabkan ramai orang menderita, tetapi turut menyaksikan sebuah negara yang sedang runtuh serta memberi kesan terhadap negara-negara jiran yang lain.
"Jika peperangan di Syria tidak dihentikan, dunia berdepan konflik yang lebih besar di Asia Barat dan kita tidak bersedia untuk menghadapinya.
"Usaha menyalurkan bantuan mungkin tidak boleh menghentikan peperangan, tetapi masih boleh menjadi kepentingan untuk membuka jalan keamanan di Syria," jelasnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130608/lu_08/UNHCR-rayu-dana-RM16-bilion-untuk-bantu-Syria#ixzz2Vd9ErunV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment