Sunday 11 August 2013

10 korban serangan udara tentera Syria


Beirut: Serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di Latakia, wilayah barat laut negara itu meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria Rami Abdel Rahman memberitahu 10 yang terbunuh itu dalam serangan di bandar Salma di Jabal Akrad itu dipercayai orang awam.
“Kebanyakan yang terbunuh itu sukar dikenali kerana mayat mereka hampir hancur,” kata Rami.

Menurutnya, enam lagi yang mati ialah pejuang penentang Presiden Bashar al-Assad sementara 4 yang lain sukarelawan asing.


“Jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa mangsa cedera parah,” katanya.


Wilayah Latakia ialah kubu kuat masyarakat Alawite, kumpulan minoriti Bashar.
Beberapa hari lalu, kumpulan penentang menawan beberapa kampung di Jabal Akrad, daerah berbukit di wilayah itu.

Ia mendorong tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan semula kawasan itu, menyebabkan puluhan penentang dan tentera terbunuh. - AFP

No comments:

Post a Comment