Sunday 11 August 2013

Deir Az-Zour, Syria (Bahagian 2)



Ibu negeri Deir Az-Zour turut bernama Deir Az-Zour. Hanya 3 daerah sahaja di dalam negeri ini iaitu daerah Deir Az-Zour, daerah Mayadin dan daerah Abu Kamal. Negeri ini kaya dengan telaga minyak. Menguasai negeri ini juga bermakna mujahiddin tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan minyak. 

Secara umumnya, keseluruhan kawasan luar bandar telah jatuh ke tangan mujahiddin iaitu meliputi 80% dari keseluruhan kawasan negeri Deir Az-Zour. Ini juga bermakna kesemua pos sempadan Syria-Iraq telah dikuasai oleh mujahiddin.

Daerah Abu Kamal
Keseluruhan daerah Abu Kamal, keseluruhan bandar Abu Kamal berada di bawah penguasaan mujahiddin. Kem tentera dan lapangan terbang tentera di sini jatuh ke tangan mujahiddin pada penghujung tahun lepas. (2012)

Daerah Mayadin
Hampir keseluruhan daerah Mayadin juga berada di bawah penguasan mujahiddin. Hanya beberapa kawasan sahaja lagi yang belum di bebaskan

Daerah Deir Az-Zour
Keseluruhan daerah telah dibebaskan oleh mujahiddin. Melainkan bandar Deir Az-Zour. 50% belum lagi dibebaskan. Lapangan terbang tentera yang terletak di Tabaqah berada dalam pengepungan mujahiddin.

Insya Allah, dalam masa 6 bulan - setahun kita akan menyaksikan pembebasan negeri Deir Az-Zour sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment