Thursday 22 August 2013

Syria nafi tenteranya guna gas saraf

DAMSYIK 21 Ogos - Pihak berkuasa Syria hari ini menafikan dakwaan bahawa tentera negara ini menggunakan senjata kimia iaitu gas saraf dalam serangan di kawasan berhampiran ibu negara ini yang mengorbankan kira-kira 1,300 nyawa penduduk.
"Laporan penggunaan senjata kimia di pinggir bandar Ghouta adalah sama sekali tidak benar,'' kata agensi berita negara ini, SANA.
Menurut pihak berkuasa, dakwaan dibuat oleh aktivis yang membantah kerajaan seperti yang disiarkan oleh al-JazeeraSky dan saluran berita satelit lain, adalah tidak berasas sama sekali.
"Ia merupakan usaha untuk menghalang suruhanjaya siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menjalankan misi mereka,'' lapor SANA lagi.
Seorang sumber keselamatan di Damsyik ketika dihubungi AFP menolak laporan penggunaan senjata kimia oleh tentera 'sebagai pembohongan'.
"Tiada apa yang baharu berlaku di sini kerana berlaku pertempuran sepanjang hari. Operasi sedang dijalankan di seluruh negara bagi memburu pemberontak,'' katanya.
Akhbar al-Watan sementara itu melaporkan, kerajaan 'berikrar untuk bekerjasama dan memudahkan urusan' pemeriksa kimia PBB yang melaksanakan misi di negara ini sejak semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130822/lu_03/Syria-nafi-tenteranya-guna-gas-saraf#ixzz2chUroKbY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment