Tuesday 10 September 2013

AS yakin bukti risikan



SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika mengadakan sidang akhbar bersama 
Setiausaha Luar Britain, William Hague di 
Pejabat Luar Negara di London semalam.


LONDON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry tetap dengan pendirian negara itu bahawa Presiden Syria, Bashar Al-Assad bertanggungjawab menggunakan senjata kimia untuk menentang rakyatnya sendiri.
Kerry menyatakan, terdapat bukti bahawa rejim Syria menggunakan senjata kimia dalam serangan baru-baru ini walaupun Bashar dengan jelas menafikan perkara itu.
Kerry mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sidang akhbar bersama Setia- usaha Luar Britain, William Hague di sini semalam.
Dalam satu wawancara bersama stesen televisyen CBS, Bashar pernah berhujah bahawa bukti mengenai senjata kimia yang didedahkan Kerry adalah 'pembohongan besar' sama seperti memperse- tujui perang di Iraq sedekad lalu.
Namun, Kerry memberitahu para pemberita di London bahawa beliau yakin dengan bukti-bukti yang dikumpulkan oleh perisikan AS dan bersedia untuk membawanya ke mana-mana mahkamah.
"Apa yang beliau (Bashar) beri? Hanya janji-janji yang disangkal dengan fakta," soal Kerry.
Kerry tiba di London kelmarin dari Paris, Perancis selepas beliau mengada- kan perbincangan dengan Menteri Luar Mesir dan Arab Saudi serta beberapa anggota Liga Arab berhubung rundingan damai di rantau Asia Barat.
Beliau kembali ke Washington lewat semalam untuk meneruskan usaha melobi Kongres AS supaya membenarkan tindakan ketenteraan terhadap rejim Bashar.
Kerry juga berkata, keputusan Parli- men Britain menolak usul tindakan ketenteraan ke atas Syria tidak akan menjejaskan hubungan AS dengan sekutu rapatnya itu.
Dalam serangan di pinggir bandar Damsyik pada 21 Ogos lalu, AS menyata- kan, seramai 1,429 orang termasuk 426 kanak-kanak maut.
Dalam perkembangan berkaitan, satu lagi kuasa besar, Rusia mendesak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan laporan mengenai risiko bencana nuklear jika serangan udara ke atas Syria diteruskan.
Desakan tersebut dinyatakan bagi mengelak kemungkinan tindakan ketenteraan yang dirancang AS diteruskan terhadap negara Asia Barat itu.
Kementerian Luar Rusia melalui sepucuk surat sulit kepada ketua IAEA, Yukiya Amano, memberi amaran tentang bakal bencana akibat serangan berkenaan.
Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) itu menyatakan, mereka sedang menilai permintaan Rusia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2eRFjR2Q3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment