Tuesday 10 September 2013

Rusia gesa Syria serahkan kawalan gudang senjata kimia


MOSCOW 10 Sept. - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menggesa rejim Syria supaya menyerahkan kawalan gudang senjata kimia mereka kepada penyeliaan antarabangsa sebagai salah satu cara bagi mengelakkan daripada ancaman tindakan ketenteraan.
Lavrov berkata, pelan itu akan membantu mengelakkan serangan ketenteraan yang sedang dipertimbangkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Syria, Walid al-Muallem di Moscow.
Tambah Lavrov, cadangan tersebut telah pun dikemukakan kepada Muallem dan berharap mendapat jawapan yang cepat dan positif dari Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130910/lu_01/Rusia-gesa-Syria-serahkan-kawalan-gudang-senjata-kimia#ixzz2eaU1N2Z2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment