Tuesday 17 September 2013

Bashar diberi amaran

Bashar diberi amaranSebuah bas musnah dalam letupan di wilayah Idlin.

PARIS - PERANCIS - Tiga wakil negara memberi amaran kepada Presiden Syria Bashar Al Assad supaya mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan perjanjian senjata kimia, sekiranya tidak mahu berhadapan dengan tindakan serius.

Perancis, Britain dan Amerika Syarikat bersepakat mendapatkan resolusi itu minggu depan selepas tamat perbincangan tiga pusingan.

Presiden Perancis Francois Hollande berkata, mereka mahu resolusi yang kuat dan menetapkan tarikh akhir bagi memastikan Syria bebas dari simpanan senjata kimia.

“Sekiranya Bashar mencabuli resolusi itu, beliau bakal berhadapan dengan akibat dan tindakan serius yang membawa kesan buruk terhadap negaranya,” katanya.

Sementara itu di Syria, tiga maut termasuk seorang wartawan selepas terkena letupan bom sebelum menaiki bas di barat laut negara tersebut, kelmarin.

Media melaporkan, letupan di wilayh Idlin itu turut mengakibatkan 10 parah.

“Wartawan Parti Baath, Fakhreddine Hassan antara yang maut. Sejak 30 bulan lalu, seramai 58 pengamal media terkorban dalam krisis di Syria," katanya dipetik Al Jazeera

No comments:

Post a Comment