Tuesday 17 September 2013

Sembunyi senjata kimia

Paris/Beirut: Presiden Bashar Assad dipercayai menyembunyikan senjata kimianya di luar Syria untuk menghalang ia dimusnahkan, kata seorang pemimpin pejuang antikerajaan semalam.
Tindakan itu, kata Jen Salim Idris, dilakukan selepas AS dan Russia bersetuju untuk mengambil dan memusnahkan senjata berkenaan melalui perjanjian yang dipuji rejim Bashar sebagai satu “kejayaan.”
Menurut anggota Majlis Tertinggi Tentera Pembebasan Syria (FSA) itu, senjata kimia berkenaan dipindahkan ke Lubnan dan Iraq untuk menghalang kemungkinan pemeriksaan pakar luar.

“Kami sudah memberitahu rakan yang lain bahawa rejim Syria mula memindahkan sebahagian daripada senjata kimia ke Lubnan dan Iraq.
Foto
ANGGOTA FSA berkumpul sebelum keluar berperang menentang rejim Bashar di Salaheddine, Aleppo semalam.

“Kami memberitahu mereka supaya tidak diperbodohkan,” katanya.

Salim juga mengkritik perjanjian berkenaan kerana membenarkan Bashar dipertanggungjawabkan atas kematian ratusan orang awam di Syria.

Katanya, FSA tidak berminat terhadap semua inisiatif itu.

“Jenayah kemanusiaan dilakukan dan perjanjian berkenan tidak menyatakan mengenai pertanggungjawaban,” katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment