Tuesday 17 September 2013

Penyiasat sahkan gas sarin diguna di Ghouta


New York: Pemeriksa PBB semalam berkata, ada “bukti jelas dan meyakinkan” senjata kimia digunakan meluas secara relatif dalam serang yang mengorbankan ratusan orang bulan lalu.

Pemeriksa itu berkata, “contoh alam sekitar, kimia dan perubatan” yang dikumpulkan membolehkan mereka menemui bukti kukuh bahawa roket darat ke darat membawa gas sarin digunakan di kawasan Ghouta pada 21 Ogos lalu.


Laporan itu turut menamakan kawasan lain iaitu Ein Tarma, Moadamiyeh dan Zamalka. Halaman pertama laporan disediakan untuk Setiausaha Agung PBB itu menyatakan, kesimpulan mereka ialah, senjata kimia telah digunakan dalam konflik berterusan di Syria.

“Ia digunakan ke atas orang awam, termasuk kanak-kanak, dengan meluas secara relatif,” katanya. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijadual membentangkan laporan itu di badan dunia itu hari ini. Serangan pada Ogos lalu itu terbongkar ketika pasukan penyiasat PBB berada di Syria menilai serangan lain yang lebih awal. - AP

No comments:

Post a Comment