Friday 13 September 2013

Masa depan pendidikan Syria masih samar

Beberapa kanak-kanak sedang mencuba pakaian seragam baru.
Beberapa kanak-kanak sedang mencuba pakaian seragam baru.
Masa depan pendidikan Syria masih samar
Kebanyakan ibu bapa terpaksa mendapatkan peralatan sekolah di sebuah bazar di Damsyik.
Masa depan pendidikan Syria masih samar
Golongan kanak-kanak juga berisiko tidak mendapat pendidikan awal akibat konflik di negara itu.
Masa depan pendidikan Syria masih samar
Pelajar sekolah menengah sedang menduduki peperiksaan
 akhir sebelum sesi persekolahan tamat pada Jun lalu.

Masa depan pendidikan Syria masih samarNamun, hasrat itu mungkin tidak kesampaian kerana negara bergolak tersebut kini berhadapan dengan ancaman serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

MENJELANG penggal persekolahan baru yang akan dibuka pada Ahad ini, kebanyakan ibu bapa di Syria berharap keadaan akan kembali seperti biasa untuk anak-anak mereka meneruskan sesi pembelajaran di sekolah.


Konflik yang berlarutan sejak 30 bulan lalu sebenarnya telah memberi kesan besar kepada sistem pendidikan di Syria.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), lebih 40 peratus kanak-kanak berumur antara enam dan 15 tahun dilaporkan tidak dapat bersekolah akibat pergolakan di negara itu.  

Di ibu negara, sesi persekolahan masih diteruskan walaupun kebanyakan sekolah telah digunakan sebagai pusat penempatan sementara untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran di pinggir bandar itu.

Ancaman AS telah meningkatkan lagi tekanan dalam kalangan ibu bapa yang ketika ini terpaksa bergelut dengan krisis kekurangan bekalan dan kenaikan kos barangan selain bimbang dengan kesan trauma jangka panjang akibat peperangan di Syria.

Seperti kebanyakan keluarga di Syria, Muwaffaq bersama keluarganya pergi ke pasar bersejarah Hamidieh di Damsyik untuk membeli barang keperluan sebelum penggal persekolahan dibuka 15 September ini.

"Kita tidak tahu bila ia akan berlaku kerana gendang perang sudah dipalu oleh AS," katanya.
Seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an turut menyatakan kebimbangannya terhadap serangan itu yang boleh dilancarkan pada bila-bila masa.

"Semua ibu bapa khuatir dengan nasib pendidikan anak mereka. Walaupun, kami tinggal di kawasan yang jauh dari sasaran utama di Damsyik, ia tidak memberi jaminan bahawa kami akan selamat," jelas Nuhad.

Sementara itu, seorang peniaga di Jalan Meskiya berkata, kebanyakan ibu bapa enggan menghantar anak mereka ke sekolah kerana khuatir keadaan menjadi lebih buruk.

Sejak perang saudara merebak ke pinggir bandar, ramai ibu bapa memilih sekolah yang paling hampir dengan tempat tinggal mereka.

Laporan Unicef mendedahkan lebih 3,000 sekolah telah musnah dan 900 lagi dijadikan pusat penempatan sementara sejak negara itu bergolak pada Mac 2011.

Timbalan Menteri Pendidikan, Farah al-Motlaq berkata, arahan untuk membenarkan semua murid yang kehilangan tempat tinggal untuk bersekolah di Damsyik telah dikeluarkan.

"Kami juga berharap para guru tidak terlalu menitikberatkan soal pakaian seragam dan peralatan keperluan sekolah yang lain berikutan harga barang tinggi pada ketika ini," katanya.

Seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Salma mengeluh kerana masih belum membelikan sebarang barang keperluan untuk anak perempuannya.

"Saya tidak mampu untuk memenuhi permintaannya kerana harga barang melambung tinggi sehingga empat kali ganda," jelasnya.

Menurut Ahmed, seorang lagi peniaga di pasar bersejarah Hamidieh, pemandu lori yang membawa stok barangan juga mengenakan bayaran lima kali lebih tinggi berbanding sebelum ini kerana situasi berbahaya di Syria.

"Jumlah pelanggan yang datang ke kedai saya juga telah menurun kepada 20 peratus berbanding tahun lalu. Kebanyakan pengunjung hanya membeli barang penting," katanya menurut laporan Middle East Online. 

No comments:

Post a Comment