Friday 13 September 2013

Rusia cadang pelan empat peringkat

Rusia cadang pelan empat peringkatSyria perlu mendedahkan lokasi bekalan senjata kimia tersebut disimpan berdasarkan pelan peringkat kedua dicadangkan Rusia.

MOSCOW - RUSIA. Rusia telah menyerahkan pelan berhubung penyerahan senjata kimia Syria kepada kawalan negara antarabangsa untuk diteliti oleh Amerika Syarikat (AS), menurut satu laporan, semalam.

Akhbar Kommersant  melaporkan rancangan empat peringkat itu hanya boleh direalisasikan selepas Damsyik menganggotai Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW).

Menurut akhbar itu kepada AFP, Syria perlu mendedahkan lokasi bekalan senjata kimia tersebut disimpan dan di mana ia dihasilkan mengikut pelan peringkat kedua.

Di bawah langkah ketiga, Damsyik perlu membenarkan pemeriksa OPCW memasuki negara terbabit untuk melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, peringkat keempat berkaitan cara untuk memusnahkan senjata kimia tersebut pula akan diputuskan dengan kerjasama pemeriksa OPCW.

Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov memaklumkan inisiatif negara itu  memberi pemahaman jelas bahawa tiada sebarang tindakan ketenteraan akan diambil untuk menjayakannya.  - AFP

No comments:

Post a Comment