Wednesday 11 September 2013

Obama berdolak-dalik

Obama berdolak-dalikPenunjuk perasaan di Korea Selatan mengadakan protes menentang rancangan AS untuk menyerang Syria di Seoul, semalam. Gambar kecil: Obama

WASHINGTON - UNITED STATES. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah mendedahkan sifat beliau yang sebenarnya tidak berpendirian tetap.

Ketika diwawancara CNN, kelmarin pemimpin itu cuba memutar-belit kenyataan dengan memberitahu bahawa beliau sedia menangguhkan rancangan untuk melancarkan serangan ke atas Syria jika negara itu bersetuju menyerahkan bekalan senjata kimia mereka di bawah kawalan antarabangsa.

Menurutnya kepada AFP, beliau mahu memastikan norma berhubung penggunaan senjata dikekalkan dan jika Syria bersetuju ia kononnya dapat mengelakkan tindakan ketenteraan dilancarkan ke atas negara bergolak terbabit.

Sementara itu, Syria menyambut baik inisiatif Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov supaya meletakkan senjata kimia mereka di bawah kawalan antarabangsa untuk dimusnahkan.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pemerhati hak asasi manusia (HRW) mendakwa Presiden Bashar al-Assad sebagai dalang bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia di Ghouta, bulan lalu.     

Perkara itu didedahkan menerusi laporan setebal 22 muka surat yang didakwa mengandungi bukti kukuh termasuk pengakuan saksi.

No comments:

Post a Comment