
Presiden Barack Obama mahu mendapatkan sokongan Kongres untuk meluluskan serangan berhubung tuduhan bahawa kerajaan Syria menggunakan senjata kimia.
Pada minggu akhir Ogos itu, serangan kimia yang dilakukan di Damsyik dilaporkan membunuh seramai 1,400 orang dewasa dan kanak-kanak.
Sementara itu, sokongan untuk melakukan serangan ke atas Syria menurun apabila 16 peratus menyokong, kadarnya ialah 20 peratus pada 30 Ogos.
Jika terbukti askar Syria yang menggunakan senjata kimia, hanya 26 peratus bersetuju untuk campur tangan.
Sebanyak 52 peratus tidak mahu tentera Amerika terbabit, meningkat daripada 44 peratus pada 30 Ogos lalu.
Keputusan tinjauan berkenaan adalah bukti terbaru penduduk Amerika keberatan menyokong kempen tentera baru selepas satu dekad pembabitan dalam konflik di Iraq dan Afghanistan.
Peninjau Ipsos, Julia Clark berkata tinjauan itu membayangkan warga AS tidak suka tenteranya campur tangan di mana-mana negara sekali pun.
Desak tindakan ketenteraan
Keputusan tinjauan terbabit disiarkan ketika pentadbiran Obama terus mendesak tindakan ketenteraan dilancarkan.
Obama merancang memberi pandangan di enam stesen televisyen ketika melobi Kongres menyokong tindakan ketenteraan selain berucap kepada penduduk Amerika malam ini.
Sementara itu, tawaran Russia supaya stok senjata kimia Syria diserahkan kepada kawalan antarabangsa menimbulkan kemungkinan persetujuan dicapai untuk membantu Presiden AS itu mengelak daripada kesan buruk tindakan tentera dan membolehkan beliau terselamat daripada langkah Kongres menolak untuk menyerang Syria.
REUTERS
No comments:
Post a Comment