Wednesday 4 September 2013

Pelarian Syria cecah dua juta

Pelarian Syria cecah dua jutaSebahagian daripada dua juta pelarian Syria terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berumur di bawah 17 tahun. Foto: AP

GENEVA - SWITZERLAND . Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan angka pelarian Syria kini mencecah dua juta orang dan sebahagian daripada jumlah itu terdiri daripada kanak-kanak serta remaja berumur di bawah 17 tahun.

Ketua Pejabat UNHCR, Antonio Guterres memaklumkan secara purata kira-kira 5,000 penduduk negara bergolak itu merentasi sempadan pada setiap hari.

"Selain itu, hampir 1.8 juta terpaksa mencari perlindungan di negara jiran sejak 12 bulan lalu. Syria telah menjadi bencana kemanusiaan," katanya.

Agensi di bawah PBB itu turut mendedahkan seramai 4.25 juta penduduk Syria kehilangan tempat tinggal akibat konflik yang berlarutan sejak lebih dua tahun lalu.

Sementara itu, Pengurus Bencana Palang Merah Britain, Pete Garratt mendakwa jumlah sebenar pelarian Syria mungkin lebih tinggi kerana ramai tidak berdaftar.

"Sebagai contoh, sebanyak 70 peratus pelarian Syria di Jordan tidak tinggal di kem penempatan sementara dan perkara itu menyukarkan kaki tangan agensi bantuan untuk memberi pertolongan kepada mereka," jelasnya dipetik dari laporan CNN.

Sebelum ini, PBB mendakwa lebih 100,000 orang terkorban sejak perang saudara tercetus di Syria pada 2011. 

No comments:

Post a Comment