Wednesday 4 September 2013

Rusia kesan pelancaran peluru berpandu

MOSCOW 3 Sept. - Radar Rusia mengesan pelancaran dua 'objek' dipercayai peluru berpandu balistik ke arah timur Laut Mediterranean dari kawasan tengah di laut tersebut, hari ini.
Agensi berita Interfax memetik kenyataan seorang jurucakap Kementerian Pertahanan sebagai berkata, pelancaran itu dikesan pada pukul 10.16 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) oleh radar amaran awal di sebuah stesennya di Armavir, berhampiran Laut Hitam.
Radar itu dibina untuk mengesan peluru berpandu yang dilancarkan dari Eropah dan Iran.
Namun, Interfax tidak menyatakan siapa yang melancarkannya.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu dikatakan telah memaklumkan kepada Presiden Vladimir Putin berhubung kejadian tersebut.
Sementara itu, pejabat Kedutaan Rusia di Damsyik berkata, tiada sebarang tanda-tanda serangan peluru berpandu di Damsyik, hari ini.
Dalam pada itu, Israel berkata, rejim Zionis itu melancarkan satu ujian roket di kawasan Laut Mediterranean dalam latihan ketenteraan bersama dengan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun jurucakap Israel tidak memberi sebarang kenyataan tentang ujian roket kedua. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130904/lu_04/Rusia-kesan-pelancaran-peluru-berpandu#ixzz2dtp8oRnG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment