Thursday 26 September 2013

Pemantau kimia PBB kembali ke Syria


Ake Sellstrom

DAMSYIK 25 Sept. - Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali ke Syria hari ini bagi meneruskan siasatan ke atas dakwaan penggunaan senjata kimia oleh tentera negara ini.
Sumber lapangan terbang berkata, kumpulan yang diketuai oleh ketua pakar, Ake Sellstrom itu tiba di Beirut sebelum bergerak menuju Damsyik.
Pasukan Sellstrom dijangka memeriksa dakwaan penggunaan senjata kimia sebanyak 14 kali dalam konflik selama 30 bulan itu yang telah mengorbankan lebih 110,000 penduduk Syria.
Selepas satu lawatan awal bulan lalu, pasukan itu dalam laporan yang dibentangkan pada 16 September lalu merumuskan bahawa berlaku penggunaan senjata kimia yang diharamkan pada skala yang besar di Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130926/lu_08/Pemantau-kimia-PBB-kembali-ke-Syria#ixzz2g00tDyPr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment