Thursday 31 October 2013

WHO sahkan wabak Polio di Syria


GENEVA 30 Okt. - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan wabak polio mula dikesan di Syria dan khuatir ia akan merebak selepas negara bergolak itu disahkan bebas daripada penyakit yang mengakibatkan lumpuh pada 1999.
Jurucakap bahagian anti-polio pertubuhan itu, Oliver Rosenbauer berkata, ujian makmal mengesahkan kewujudan penyakit itu dalam 10 daripada 22 kes membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan dua minggu lalu.
Kesemua kanak-kanak dalam kajian itu dikesan mengalami kelumpuhan yang merupakan tanda-tanda beberapa penyakit yang berbeza termasuk polio dengan 12 daripada masih menjalani pemeriksaan lanjut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131030/lu_10/WHO-sahkan-wabak-Polio-di-Syria#ixzz2jF4v5PwV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment