
Pejuang asing disyaki bawa masuk virus
Geneva: Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengesahkan penularan wabak polio di Syria, yang diisytiharkan bebas daripada penyakit itu sejak 1999 dan bimbang ia akan merebak.
Semua 22 kanak-kanak mengalami lumpuh iaitu gejala beberapa penyakit berbeza, termasuk polio.
Kesan gejala
Semua 22 kanak-kanak mengalami lumpuh iaitu gejala beberapa penyakit berbeza, termasuk polio.
“Di dalam 10 daripada kes itu, ia diasingkan sebagai virus polio jenis satu, manakala 12 lagi masih disiasat,” kata Rosenbauer, sambil menambah keputusan ujian dijangka diperoleh beberapa hari lagi.
Berikutan usaha global menentang polio, virus itu menjadi wabak cuma di tiga negara iaitu Afghanistan, Pakistan dan Nigeria.
Keadaan itu menimbulkan spekulasi pejuang asing yang menentang Presiden Bashar al-Assad mungkin membawa virus itu ke Syria.
Pegawai WHO enggan memberi komen mengenai spekulasi itu.
Bagaimanapun, pegawai Amerika Syarikat berkata Washington amat bimbang mengenai penularan polio, terutama pada saat kekurangan perkhidmatan perubatan dalam krisis kemanusiaan di Syria. - AFP
No comments:
Post a Comment